Malang nasib Lowry patah siku

Iklan
Lowry (jersi 14) menjalani pembedahan akibat patah siku di Johor Bahru pada Rabu. - Foto FB MFL

KEMENANGAN Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa dibayar harga mahal setelah kehilangan 'badang' di benteng pertahanan apabila tonggak import, Shane Lowry disahkan patah siku pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Selasa.

Berita sedih berkenaan dimaklumkan JDT di laman Facebook rasmi kelab tersebut dengan pemain tinggi lampai itu akan menjalani pembedahan di Johor Bharu pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kelab Bolasepak JDT mendoakan Shane Lowry agar segera sembuh ekoran patah siku akibat perlanggaran pada perlawanan menentang KDA FC malam tadi (Selasa).

"Beliau akan menjalani pembedahan di Johor Bahru hari ini (Rabu). Doa dan ingatan kami sentiasa bersama anda, Shane. Semoga lekas sembuh!,” kata kenyataan kelab itu.

Iklan

Dengan pengesahan itu, Lowry terpaksa diketepikan dalam baki tiga aksi Liga Super selain tidak dapat beraksi dalam saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula hujung bulan ini.

Kehilangan bekas pemain Aston Villa itu sudah pasti memberi impak besar selepas beliau beraksi dalam 16 perlawanan musim ini.

Iklan

JDT akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat berdepan Sri Pahang bagi perlawanan Liga Super ke-20 musim ini.