MOTAC bertemu persatuan hotel bincang isu kenaikan harga

Iklan
Nancy bercakap pada sidang media sempena majlis penyerahan peranti siswa kepada 20 pelajar Aswara pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan perbincangan dengan wakil Persatuan Hotel Malaysia berhubung isu harga hotel di beberapa destinasi percutian dalam negara yang melonjak naik sejak pascapandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun penentuan harga hotel di luar kawalan MOTAC namun pihaknya mengambil inisiatif bagi menyuarakan kebimbangan para pelancong dalam negara kepada persatuan untuk ditangani.

Iklan
Iklan

"Kita bercakap dengan pihak tertentu (persatuan), tetapi terpulang dengan cara persatuan untuk menguruskannya. Tetapi kita tidak duduk diam kerana kita hendak bercakap bagi pihak pelancong supaya orang datang (bercuti) ke negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Akal Budi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) 2022 penyerahan PerantiSiswa kepada pelajar Aswara, di sini pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ramai rakyat Malaysia memilih untuk bercuti ke Thailand, beliau berkata, rakyat kini mahu ‘berubah angin’ untuk merasai pengalaman bercuti di luar negara kerana sudah dua tahun ‘terperangkap’ dalam negara.

"Sama juga pelancong negara lain juga datang ke mari untuk melancong dan lihat negara kita, ini sudah jadi lumrah manusia mahu lihat negara lain. KIta ada sesuatu untuk ditawarkan kepada orang luar, dan negara luar juga ada sesuatu untuk orang kita,” katanya.

Iklan

Pada majlis itu beliau menyampaikan peranti berupa tablet kepada 20 mahasiswa Aswara yang layak bagi memastikan proses pengajian mereka terus terpelihara.

Pada majlis sama, Aswara turut merasmikan 13 buku yang dihasilkan oleh pensyarah dan petugasnya. - Bernama