Mangsa banjir di Johor meningkat semula

Iklan
Anggota APM melakukan pemantauan di Kampung Paya Kenangan, Tebrau, Johor Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat semula dengan jumlah terkini seramai 41 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam Rabu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan, peningkatan itu susulan 19 orang membabitkan empat keluarga dari Kampung Parit Haji Mohd Sanglang, Pontian dipindahkan pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

"Mereka dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom, Pontian. Mangsa banjir lain adalah dari Kampung Sungai Linau di Kluang yang masih ditempatkan di PPS di SK Sungai Linau," menurut kenyataan tersebut pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, banjir turut melanda Kampung Paya Kenangan, Tebrau di sini yang melibatkan 30 buah rumah terjejas, namun tiada PPS dibuka setakat ini.

Iklan
Iklan

"Hujan lebat lebih dari dua jam dan sistem perparitan yang sempit serta tidak dapat menampung jumlah air yang banyak menjadi punca banjir," kata kenyataan itu.