Warga emas diragut depan rumah

Iklan
Rakaman kejadian menerusi kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan perbuatan dua suspek di hadapan sebuah rumah di Jalan Batu Unjur, Taman Bayu Perdana di Klang pada Isnin.

KLANG - Dua individu diburu bagi siasatan berkaitan kejadian ragut melibatkan seorang wanita warga emas di hadapan sebuah rumah di Jalan Batu Unjur, Taman Bayu Perdana di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika mangsa berumur 66 tahun itu berada di hadapan rumahnya setelah turun daripada kenderaan yang dipandunya.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang sedang membuka kunci pagar rumahnya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang berhenti di sebelah kenderaan mangsa.

"Suspek kemudian bertindak melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi dokumen diri dan wang tunai sebanyak RM200 yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

"Hasil rakaman video menerusi kenderaan tersebut sekali gus membantu pihak polis untuk mengesan suspek terlibat.

"Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam kes ini dan sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek tersebut," katanya.

Iklan