Yakin pembangkang tidak pulaukan PRU15: Puad Zarkashi

Iklan
Tangkap layar Facebook Puad pada Rabu.

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yakin pembangkang tidak akan memulaukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika diadakan semasa musim banjir.

Beliau turut menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit dan tetap mahukan kuasa.

Iklan
Iklan

"Mereka sanggup redah banjir, kecuali kereta terbang siap. Rafizi (Timbalan Presiden PKR) juga akan redah banjir, sama juga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu). Dia pun anak jantan, bukan jantan palsu.

"Banjir pun banjirlah, tetapi mujur bukan undi online (dalam talian). Kalau undi online, Rafizi dan PKR akan menang besar?,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Anwar yang juga Pengerusi PH menegaskan tiga negeri yang diterajui gabungan itu tidak akan mengikut jejak langkah kerajaan Persekutuan sekiranya PRU15 diadakan pada musim banjir.

Beliau dilaporkan berkata, ketiga-tiga negeri itu telah membuat keputusan untuk tidak menambah derita rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir.

Iklan