Usul Bajet 2023 jadi belanjawan UMNO-BN?

Iklan
Terdapat spekulasi Parlimen dibubarkan selepas usul Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.

SHAH ALAM - Usul Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Jumaat, berkemungkinan besar menjadi usul belanjawan UMNO-BN bagi meraih sokongan rakyat ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis ekonomi daripada Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, kemungkinan itu dapat dilihat secara jelas apabila UMNO-BN berjaya menarik minat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai mereka, meskipun beliau sebelum ini dilantik sebagai menteri kabinet atas kapasiti sebagai seorang tokoh korporat.