SEVILLA, yang sedang berdepan prestasi terumbang-ambing, akhirnya memecat pengendali Julen Lopetegui selepas gergasi La Liga Sepanyol itu diaibkan 1-4 Borussia Dortmund dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara di Stadium Ramón Sanchez Pizjuan pada Khamis.
Kekalahan luar biasa di bumi Sepanyol itu menyaksikan pemenang enam kali kejuaraan Liga Europa tersebut meneruskan permulaan buruk pada kempen, apabila hanya satu perlawanan dalam semua kejuaraan musim ini.
"Terima kasih kepada semua khasnya pemain yang telah memberikan saya perkara yang menarik sepanjang berbakti di Sevilla.
"Sebenarnya saya sedih meninggalkan pasukan yang sangat saya cintai. Saya juga berterima kasih kepada para penyokong Sevilla, yang begitu memahaminya dan menghargai sokongan semua.
"Saya sudah mengucapkan selamat tinggal kepada pemain. Sesungguhnya ini bukan masanya untuk bercakap mengenai tidak dihormati. Saya bersyukur dengan semua yang saya capai dalam kelab selama ini," kata Lopetegui sebelum sensasi Sepanyol itu secara rasmi mengumumkan pemecatannya.
Lopetegui, yang menangis selepas itu menerima tepukan gemuruh pada penghujung permainan daripada para penyokong, yang melaungkan supaya lembaga kelab turut meletakkan jawatan berikutan prestasi merudum Sevilla.
Difahamkan media Sepanyol bahawa Sevilla telah membuat perjanjian dengan bekas pengurus kelab Ligue 1 Perancis, Olympique de Marseille, Jorge Sampaoli untuk mengambil alih tugas Lopetegui di kelab itu.
Lembaga kelab itu berdepan amarah para penyokong yang menaruh harapan tinggi selepas kelab menamatkan musim lalu di tempat keempat.
"Sevilla FC telah memecat Julen Lopetegui sebagai jurulatih pasukan utama selepas menentang Borussia Dortmund.
"Lopetegui berjaya mencipta aura dalam tiga kempen Liga Europa, yang mana objektif lebih daripada dicapai selama ini.
"Bagaimanapun pada ketika ini Sevilla berada di kedudukan yang tidak sepatutnya dalam La Liga dan Liga Europa," kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web.
Untuk rekod, Sevilla berada di tangga ke-17 La Liga dengan lima mata, satu mata di atas zon penyingkiran, permulaan terburuk kelab sejak dinaikkan kembali ke liga teratas pada 2001.
KEPUTUSAN
Red Bull Salzburg 1-0 Dinamo Zagreb
Chelsea 3-0 AC Milan
RB Leipzig 3-1 Celtic
Real Madrid 2-1 Shakhtar Donetsk
Manchester City 5-0 FC Copenhagen
Sevilla 1-4 Borussia Dortmund
Benfica 1-1 Paris Saint-Germain
Juventus 3-1 Maccabi Haifa