SEMPENA ulang tahun ke-125 hujung minggu ini, jenama kasut terkemuka dunia, Bata akan mengadakan Fesyen Mingguan Bata 2019 yang akan berlangsung di Prague, Republik Czech pada 13-14 April.
Dengan bertemakan ‘The Evolution of Style’, acara ini akan dipenuhi aktiviti catwalk, pameran, cabaran pereka muda dan pelbagai aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan.
Selebriti terkenal, Amyra Rosli dan Amar Baharin akan menghadiri Fesyen Mingguan Extravaganza selama dua hari itu.
Ketua Eksekutif Bata, Alexis Nasard berkata, Fesyen Mingguan Bata adalah salah satu acara utama tahun ini dengan menawarkan inovasi berkaitan dengan keselesaan yang menggabungkan gaya dan kualiti dengan harga berpatutan.
"Bata mengalu-alukan semua untuk menyertai aktiviti fesyen extravaganza ini sebagai aktiviti syarikat kasut terbesar di dunia,” katanya.
Pertunjukan catwalk yang luar biasa
Satu persembahan catwalk luar biasa akan diadakan pada 13-14 April yang bertemakan ‘Evolusi Gaya’.
Pertunjukan yang akan dimeriahkan dengan permainan muzik, lampu dan visual yang benar-benar menakjubkan akan menjadikannya catwalk luar biasa.
Ketua Pemasaran Global Bata, Jana Barbati Chadova, berkata, manifesto Bata adalah memberi kuasa kepada orang ramai supaya selesa dengan produk Bata.
"Peminat fesyen dari seluruh dunia boleh melihat pertunjukan catwalk ini dari dekat,” katanya.
Pameran dan muzium kasut Bata
This browser does not support the video element.
Pada majlis itu, Bata akan mempamerkan kasut lelaki dan wanita dari koleksi yang berbeza di peringkat antarabangsa seperti koleksi dari Itali, China, koleksi Red Label, Insolia, Flexible, Light, koleksi warisan Coca-Cola dan Bata Power.
Bersempena ulang tahun ke-125, pengunjung akan menikmati pameran yang menarik dimana kasut melangkaui sejarah 125 tahun Bata akan dipamerkan.
Pengunjung juga akan didedahkan dengan bengkel kasut Tomas Bata yang mempamerkan alatan dan tenaga kerja yang digunakan pengasas Bata.
Pertandingan pereka muda Bata
Bata turut akan mengadakan pertandingan pereka muda dimana cabaran buat pelajar dari Republik Czech, Itali dan Kenya mencipta sepatu.
Rekaan kasut pemenang akan dikeluarkan secara terhad dan dijual di kedai Bata terpilih di seluruh dunia.
Beratus-ratus pelajar telah menyertai pertandingan ini namun hanya 10 finalis terpilih dan pemenang akan diumumkan pada 13 April ini.
Program boleh diikuti secara langsung
Sekiranya anda tidak dapat ke Prague untuk menyaksikan majlis gilang- gemilang itu, anda masih boleh menontonnya di rumah.
Acara ini akan disiarkan secara langsung pada 15 April ini pada jam 12 tengahari.
Anda boleh menonton acara itu secara live di Facebook Bata Malaysia
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang koleksi Bata atau mengemas kini berita dan promosi dari Bata, boleh layariBata Malaysia di Facebook Bata Home atau di Instagram @batamalaysia.