Jokowi disaman kerana dituduh guna sijil sekolah palsu

Iklan
Jokowi. Foto AFP

JAKARTA - Seorang penduduk Blora, Jawa Tengah, Bambang Tri Mulyono menyaman Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada Isnin lalu atas tuduhan beliau menggunakan Sijil Sekolah Dasar, Sijil Sekolah Menengah Pertama dan Sijil Sekolah Menengah Atas.

Saman yang dikemukakan di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat itu mendakwa Jokowi menggunakan sijil-sijil palsu itu ketika beliau menyertai Pilihan Raya Presiden pada tahun 2019.

Iklan
Iklan

Dakwaan itu juga dibuat dalam bukunya yang berjudul 'Jokowi Undercover' dan 'Jokowi Undercover 2'.

Bambang juga mengaku bahawa beliau pernah menjadi wartawan selama lebih 19 tahun di Harian Sore Wawasan dan Jakarta Shimbun milik Jepun.

Iklan

Bagaimanapun, Staf Khusus Presiden Bidang Hukum, Dini Purwono pada Selasa lalu menyatakan semua sijil persekolahan Jokowi adalah asli dan tidak palsu namun pihaknya menyerahkan kepada institusi pendidikan yang bersangkutan untuk melakukan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Berdasarkan siasatan Kumpulan Cek Fakta Kompas.com yang disiarkan pada Rabu, dakwaan bahawa Sijil Sekolah Menengah Atas Jokowi adalah palsu adalah muslihat untuk menipu orang ramai.

Iklan

Menurut Kompas.com. Jokowi bersekolah di Sekolah Dasar Solo, Jawa Tengah dan Sekolah Menengah Pertama Surakarta manakala Ketua Sekolah Menengah Atas Solo iaitu tempat Jokowi bersekolah menyatakan bahawa sijilnya itu adalah asli. - Agensi