[VIDEO] Ismail Sabri selesai menghadap Agong

Iklan
Kenderaan yang membawa Ismail Sabri meninggalkan Istana Negara pada jam 4.44 petang Khamis.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara pada jam 4.44 petang tadi.

Beliau sebelum itu hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira sejam.

Iklan
Iklan

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu Istana Negara tanpa ada sebarang sidang akhbar.

Ismail Sabri sebelum itu pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis dilihat terus berteka-teki sama ada Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat seperti dijadualkan ataupun tidak.

Iklan

Menurutnya, pelbagai spekulasi mengenai Bajet 2023 akan menemui jawapannya esok.

Dalam pada itu, Istana Negara sebelum ini turut menafikan laporan yang mendakwa Ismail Sabri mengadakan pertemuan itu bagi memohon pembubaran Parlimen.

Iklan