KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 4.6 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 4.31 petang Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 165 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.