PM jumpa Ahmad Zahid selepas menghadap Agong

Iklan
Ismail Sabri, Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejurus selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Khamis.

Menurut laporan sebuah portal berita, pertemuan itu berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Iklan
Iklan

Perjumpaan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai soal pembubaran Parlimen.

"Ya, Perdana Menteri sedang bertemu presiden. Dalam suasana harmoni," katanya.

Iklan

Sinar Harian sebelum itu melaporkan Ismail Sabri meninggalkan Istana Negara pada jam 4.44 petang tadi selepas menghadap yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat lalu menetapkan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan pada tahun ini.

Iklan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan kesepakatan itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu dilaporkan akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.