SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penyata salinan Bajet 2023 telah dihantar ke Parlimen pada petang Khamis.
Pendedahan itu dibuat menerusi ciapan di Twitter dengan turut memuat naik gambar kenderaan yang digunakan untuk menghantar dokumen berkenaan.
Iklan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis dilapor meminta semua pihak menunggu esok (Jumaat) bagi menjawab teka-teki sama ada Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen semakin kencang.
"Macam-macam spekulasi ada, ada kata bentang, ada kata tak bentang, jadi lebih baik spekulasi itu diteruskan sampai esok, baru tahu jawapannya,” katanya.
Beliau ditemui media selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan.