900 tahanan Palestin di penjara Israel enggan makan

Iklan
Beratus-ratus tahanan Palestin di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki, enggan makan pada Khamis. - Foto Days Of Palestine

RAMALLAH - Beratus-ratus tahanan Palestin di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki, enggan makan pada Khamis sebagai menunjukkan solidariti terhadap 30 tahanan yang mogok lapar, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 900 warga Palestin mengambil bahagian dalam protes di Penjara Ofer yang terletak berhampiran Ramallah, menurut Persatuan Tahanan Palestin, sebuah NGO tempatan.

Iklan
Iklan

Sejak 25 September, seramai 30 tahanan di Ofer kebanyakannya anggota Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin melakukan mogok lapar sebagai membantah penahanan mereka tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, tambah laporan itu.

Di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel, ia boleh menahan seseorang dalam tahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan selama enam bulan dan boleh dilanjutkan.

Iklan

Menurut angka Palestin, terdapat kira-kira 4,650 tahanan Palestin di penjara Israel termasuk sekurang-kurangnya 780 ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan. - Bernama

Iklan