Gambar pemimpin PH dilelong raih RM1.22 juta

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) bergambar bersama pembeli gambar iaitu Pengarah Urusan Platinum Victory Datuk Seri Gan Yu Chai (empat, kiri) dan Pengarah Eksekutif Platinum Victory Gan Yee Hin (dua, kiri) yang telah membida dengan harga RM500,000 pada Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, dilelong pada harga RM500,000.

Gambar tersebut dirakam sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ia dibeli oleh seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga RM100,000.

Iklan
Iklan

Sebanyak enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan jumlah RM1.22 juta pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam tadi.

Selain Perdana Menteri, gambar yang ditandatangani lima lagi pemimpin PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dibeli seorang pembida tempatan, Gan Yu Chai, pada harga RM150,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Iklan

Dr Mahathir, dalam ucapannya pada majlis itu, berkata tidak menyangka gambar-gambar tersebut dapat dibida dengan nilai mencecah ratusan ribu Ringgit.

"Oleh itu itu saya nak berhenti kerja. Saya ambil gambar saya nak jual sahaja," katanya secara berseloroh.

Iklan

Mengucapkan penghargaan kepada semua penderma dan pembida pada majlis itu, Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan tiada keistimewaan akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Gambar yang mendapat bidaan kedua tertinggi ialah gambar Dr Mahathir semasa hari pertama bertugas sebagai Perdana Menteri pada 23 Mei lepas di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Gambar Pengerusi PH itu dilelong pada harga RM350,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM50,000.

Gambar Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PH, pula dibeli pada harga RM150,000.

Tiga gambar lain yang dilelong adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).

Kesemua gambar tersebut ditandatangi oleh pemimpin-pemimpin terbabit. - Bernama