SHAH ALAM - Kenyataan bahawa semua menteri BN diminta meletak jawatan dalam kabinet kerana pimpinan tertinggi UMNO kecewa pembubaran Parlimen tidak dapat dilakukan pada Khamis adalah palsu.
Perkara itu dinyatakan oleh Media BN menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Kenyataan palsu itu antara lain menyebut barisan kabinet BN perlu menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selewat-lewatnya sebelum perbentangan Bajet 2023 dengan tujuan Parlimen jatuh dan terbubar sendiri.
Pada Khamis, Ismail Sabri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pertemuan tersebut berlangsung selama kira-kira sejam.
Selepas itu, Ismail Sabri dilapor bertemu dengan 'Top 5' UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Istana Negara dalam kenyataan mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri untuk mesyuarat Pra-Kabinet.
Mesyuarat Pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.