Malaysia belum bersedia wujud industri sukan

Iklan
Dari kiri, Ahmad Shapawi; Kevin; Koh; Wakil Sports Engineering and Artificial Centre UiTM Profesor Madya Ts Dr Zulkifli Mohamed, Sharmala dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli ketika Sesi Perbincangan Tadbir Urus Sukan dan Sains pada Expo Industri Sukan Kuala Lumpur di pekarangan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama

MALAYSIA masih belum bersedia mewujudkan industri sukan kerana bukan memainkan peranan peneraju dalam bidang berkaitan sukan, demikian persidangan industri sukan diberitahu pada Khamis.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem terutama daripada segi dasar kepercayaan, komunikasi, peraturan, perkongsian ilmu dan pengawalan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua komponen tersebut perlu diasaskan terlebih dahulu sebelum menyifatkan wujudnya industri sukan di negara ini.

Ahmad Shapawi sebelum ini meminta semua pihak termasuk peminat untuk melibatkan diri dalam usaha menjadikan sukan bukan sahaja sebagai industri, malah mampu menyumbang ke arah pembangunan negara dan membantu merangsangkan pertumbuhan ekonomi.

Iklan

Ahli panel lain termasuk Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Datuk Dr S Shamala, Pengurus Stadium dan Fasiliti Johor Darul Ta'zim (JDT), Kevin Ramalingam dan pengasas Purple League (M) Sdn Bhd, Datuk Jack Koh.

Dalam pada itu, Kevin Ramalingam tidak percaya wujud industri sukan di negara ini.

Iklan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia itu berkata, salah satu masalah yang wujud di negara ini ialah tiada persaingan dalam penyiaran sukan kerana ia dimonopoli oleh satu penyiar.

"Indonesia kalau pertandingan persahabatan, beberapa stesen televisyen akan tampil dan membuat tawaran untuk bersiaran tetapi di sini bukan sahaja saingan mesra tetapi persaingan pun susah,” katanya.

Sementara itu,Jack Koh, yang syarikatnya mengendalikan liga badminton profesional terulung Malaysia, berpendapat jika negara tidak dapat memajukan industri sukan, mungkin mereka boleh bekerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara untuk berbuat demikian.

Beliau juga berkata, dasar kepercayaan dalam kalangan semua pihak adalah yang memacu industri sukan yang berjaya. - Bernama