Bila agaknya Cameron Highlands tidak sesak?

Iklan
Perjalanan ke Cameron Highlands sentiasa sesak khususnya pada hujung minggu sama ada dari Simpang Pulai atau pekan Tapah. - Gambar hiasan

CAMERON Highlands kini diibaratkan lokasi wajib bagi sesetengah pengunjung untuk bercuti bersama keluarga, khususnya pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Merak Jalanan juga tak terkecuali. Kali pertama ke tanah tinggi itu ketika zaman sekolah sekitar tahun 1970-an.

Iklan
Iklan

Sebenarnya ayah Merak Jalanan merupakan pekerja Jabatan Telekom di Cameron Highlands dan tugas rasminya adalah menjaga perkhidmatan telegraf, telefon dan radio khusus bagi pengunjung ‘mat saleh’ yang menetap di sana.

Sebelum adanya laluan ke Cameron Highlands menerusi Simpang Pulai, jalan utama ke tanah tinggi itu adalah dari pekan Tapah dengan menaiki kereta sewa atau teksi. Dahulu kami hanya menaiki bas jalur merah putih ‘Regal Transport’ kerana tambangnya jauh lebih murah.

Iklan

Waktu itu kereta tidak banyak ke sana, kalau ada pun hanya waktu pagi dan sedikit pada sebelah petang kerana bimbangkan binatang serta pokok tumbang. Tapi sekarang segalanya berubah.

Perjalanan ke Cameron Highlands sentiasa sesak khususnya pada hujung minggu sama ada dari Simpang Pulai atau pekan Tapah.

Iklan

Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan memikirkan pelan pembangunan pelancongan baharu bagi Cameron Highlands.

Satu laluan keluar masuk alternatif harus dibina. Selain itu, kerajaan tempatan atau agensi pelancongan juga perlu mempersiapkan diri dengan maklumat tambahan kepada pengunjung tempatan dan luar negara mengenai keadaan di Cameron Highlands.

Ia sebagai persediaan sekiranya berlaku keadaan luar jangka akibat persekitaran iklim yang tidak menentu.

Jika semua semua itu dilakukan, Cameron Highlands pasti akan menjadi lokasi pelancongan paling menyeronokkan untuk dikunjungi bersama keluarga.