Biden ampunkan ribuan pesalah ganja

Iklan
Biden ketika di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland bagi lawatan ke Poughkeepsie, New York pada Khamis. - Foto AP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Khamis mengampunkan beribu-ribu penduduk Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan kesalahan kerana memiliki ganja bagi menunaikan janjinya kepada para penyokongnya sebulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal berlangsung di negara berkenaan.

"Saya mengumumkan pengampunan bagi semua kesalahan persekutuan sebelumnya iaitu pemilikan mudah ganja," kata Biden yang diumumkan secara tiba-tiba melalui mesej video dan menerusi satu kenyataan bertulis seperti dilaporkan AFP.

Iklan
Iklan

Kira-kira 6,500 orang telah disabitkan kesalahan kerana memiliki ganja di bawah statut ganja persekutuan.

Pengampunan itu akan diperluaskan kepada ribuan lagi yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang di ibu negara persekutuan, Washington.

Iklan

Bagaimanapun, isyarat Biden itu adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa negeri supaya mengikutinya.

"Saya menggesa semua gabenor untuk melakukan perkara yang sama. Sama seperti tiada sesiapa yang sepatutnya berada di penjara persekutuan semata-mata kerana memiliki ganja, tiada sesiapa pun harus berada di penjara tempatan atau penjara negeri atas sebab itu," kata Biden.

Iklan

Sebagai tambahan kepada pengampunan, Biden mengarahkan Jabatan Keadilan dan Kesihatan AS untuk menentukan sama ada ganja perlu diklasifikasikan semula sebagai bahan yang kurang berbahaya.

Setakat ini, ganja telah dibenarkan oleh beberapa kerajaan negeri di AS untuk tujuan rekreasi atau perubatan. - Agensi