KUALA LUMPUR - Rakyat menyimpan harapan dan impian yang menggunung tinggi untuk melihat sesuatu yang baharu dan segar dalam pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat.
Setiausaha Agung Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Lukman Al Hakim Mohamad berkata, rakyat tidak mahu belanjawan kali ini menjadi belanjawan kitar semula yang sekadar menokok tambah jumlah di sana dan memotong jumlah yang lain di sini.
Iklan
Iklan
"Kedua, kita perlu keluar dari kerangka lama ekonomi yang mengejar pertumbuhan gross domestic product (GDP) dan mengetepikan pelbagai faktor ekonomi 'externalities' yang lain seperti kedaulatan negara, alam sekitar, keselamatan siber dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau menambah, ketiga, pulangan ekonomi hasil pembangunan negara harus memberikan impak terus kepada keseluruhan rakyat di segenap lapisan masyarakat. Bukan hanya kepada nombor GDP, dikaut oleh kapitalis atau elitis politik semata-mata.
"Nombor-nombor yang akan dibacakan oleh Menteri Kewangan hari ini (Jumaat) tidak akan bermakna apa-apa jika tiga perkara tersebut dipandang sepi," katanya.
Artikel Berkaitan