191 bahagian sayap UMNO diarah lancar jentera PRU15

Iklan
Ahmad (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian pada Jumaat.

PONTIAN - Kesemua 191 bahagian membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara diarah melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelancaran jentera PRU15 di setiap peringkat bahagian itu perlu dilakukan susulan pilihan raya semakin menghampiri.

Iklan
Iklan

"PRU15 semakin hampir tak kira bila tarikhnya yang pasti semakin hampir, bukan semakin jauh.

"Sebanyak 191 bahagian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia yang ada sedang melaksanakan mesyuarat sayap tiga peringkat," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Persidangan Puteri UMNO Bahagian Pontian di sini pada Jumaat.

Iklan

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menetapkan Persidangan UMNO Cawangan adalah pada 15 Ogos hingga 18 September 2022, Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pula diadakan pada 14, 15 dan 16 Oktober 2022 dan Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 26 November 2022.

Iklan

Bagaimanapun tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung pada kali ini.