Pembiayaan mikro zakat merealisasikan agenda rangkuman kewangan

Iklan

Kita baru sahaja merayakan kemerdekaan negara kali ke-65. Namun bagi sebuah negara yang telah mengecapi kemerdekaan selama 65 tahun, adakah Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara maju yang mempunyai pendapatan per kapita ketiga tertinggi dalam rantau ASEAN?

Iklan
Iklan

Adakah ini ukuran sebenar sebuah kemakmuran di mana setiap warganegara dapat menikmati agihan kek ekonomi negara secara adil?

Di sebalik tirai kemakmuran dan kemajuan negara, pendapatan rakyat masih diukur dan diklasifikasikan dengan label T20, M40 dan B40.

Iklan

Bagi golongan B40 khususnya, mereka menghadapi masalah kekurangan akses modal kerana tidak memenuhi kriteria kredit yang ketat sehingga mereka dikategorikan sebagai unbankable atau underserved (kumpulan yang tidak atau kurang dilayani oleh institusi kewangan).

Persoalannya, apakah solusi yang bersifat lestari bagi permasalahan ini yang mampu meningkatkan taraf hidup golongan B40 serta melahirkan anggota masyarakat yang mandiri?

Iklan

Rangkuman kewangan sebagai salah satu kaedah meningkatkan kesejahteraan kewangan

Institusi-institusi kewangan seharusnya menyahut agenda rangkuman kewangan (financial inclusion) yang digagaskan oleh Bank Negara Malaysia dalam Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan.

Kesejahteraan kewangan merujuk kepada kemampuan setiap individu untuk memenuhi komitmen kewangan pada setiap masa; mempunyai daya tahan apabila berlaku kejatuhan pendapatan; mampu mencapai sasaran kewangan yang diletakkan; dan mampu membuat keputusan kewangan yang tepat untuk memperbaiki kualiti hidup dirinya.

Institusi-institusi kewangan disarankan untuk memastikan fasiliti kewangan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan khazanah kekayaan itu hanya beredar dalam golongan sama.

DR TUAN BADRUL HISYAM TUAN SOH

Keadaan ini perlu dielakkan sebagaimana firman Allah SWT:

"...Supaya harta itu jangan hanya beredar dalam kalangan orang-orang kaya sahaja di antara kamu” (Surah Al-Hasyr ayat 7).

Justeru, solusi-solusi yang inklusif perlu diteroka agar setiap golongan dapat menikmati akses modal.

Di sini, khazanah instrumen kewangan sosial Islam seperti zakat, waqaf, infaq dan sedekah memiliki potensi besar untuk diinnovasikan selari dengan keluasan syariat Islam itu sendiri untuk memberikan jawapan kepada permasalahan umat masa kini.

Zakat telah berperanan sejak sekian lama membantu golongan asnaf sama ada memenuhi keperluan asas atau memberi bantuan modal kepada asnaf yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Bagaimanapun, pendekatan ‘memberi ikan’ berbanding ‘memberi pancing’ ini kurang berjaya melahirkan asnaf yang berwibawa dan mandiri.

Hal ini mempengaruhi tingkah laku asnaf menjadi golongan yang sentiasa menerima bantuan dan tidak mampu beranjak untuk menjadi golongan yang memberi.

Pembiayaan mikro berasaskan dana zakat melalui tajaan Alliance Islamic Bank

Oleh itu, Alliance Islamic Bank selaku salah sebuah institusi kewangan berteraskan syariah, terpanggil untuk membantu golongan asnaf mendapatkan sumber kewangan yang lebih baik.

Usaha-usaha ini dilakukan melalui kaedah mempelopori program pembiayaan mikro berasaskan dana zakat.

Buat masa ini, Alliance Islamic Bank sedang berkolaborasi dengan institusi-institusi zakat dan rakan strategik yang berpengalaman dalam mengendalikan pembiayaan mikro serta menyediakan latihan kepada usahawan-usahawan kecil.

Dengan pengalaman dan kredibiliti sebagai sebuah institusi kewangan yang mapan, Alliance Islamic Bank mempunyai kelebihan dari sudut sistem pengawasan yang telus serta mampu menawarkan akses modal yang lebih luas.

Hal ini sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada institusi-institusi zakat yang menghadapi kekangan sumber manusia dan kemahiran.

Melalui program pembiayaan mikro zakat, golongan asnaf terutamanya yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan berpeluang untuk mendapatkan modal secara pinjaman bagi memulakan perniagaan kecil mereka. Modal pinjaman ini diberikan tanpa dikenakan sebarang caj.

Jika dibandingkan dengan kaedah agihan biasa (agihan secara terus), dana zakat yang disalurkan dalam bentuk pinjaman sebegini bersifat lebih lestari (sustainable) melalui bayaran balik daripada asnaf.

Secara tidak langsung, lebih ramai asnaf akan mendapat manfaat kerana apa yang dibayar balik oleh asnaf akan dipinjamkan semula kepada asnaf yang lain.

Pemantauan juga akan dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan usahawan- usahawan asnaf ini sentiasa berada di landasan yang betul bagi mencapai objektif yang diimpikan.

Keharusan pemberian zakat secara pembiayaan mikro

Syariat Islam sentiasa menyokong kelestarian harta termasuk dana zakat melalui prinsip Maqasid Al-Shariah iaitu hifz al-mal (menjaga harta daripada kemusnahan) dan menjaga maslahat umum.

Ulama Islam kontemporari juga telah membahaskan kaedah pemberian zakat secara pinjaman dan antara yang menyokong kaedah ini adalah Mustafa al-Zarqa’, Yusuf al-Qardhawi, Muhammad Abu Zahrah, Abd Wahab Khallaf dan Abd Rahman Hasan misalnya yang menyatakan:

"Kalaulah zakat boleh digunakan untuk membayar hutang, maka lebih-lebih lagi ia boleh digunakan untuk memberi hutang.”

Selain itu, pendekatan qiyas dan istidlal bi al-awla atau al-tamassuk bi nafy al-fariq turut diaplikasikan dalam mengharuskan kaedah ini.

Bagi meneroka kebolehlaksanaan model inovasi ini dari sudut pandang Syariah, Alliance Islamic Bank telah melantik sekumpulan penyelidik untuk menjalankan kajian yang menyeluruh bagi menentukan keharusan pembiayaan mikro menggunakan dana zakat. Kajian ini telah berjaya dibukukan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Alliance Islamic Bank (https://www.allianceislamicbank.com.my/).

Penulis adalah Pengerusi Jawatankuasa Syariah Alliance Islamic Bank Berhad.