JOHOR BAHRU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kluang dan Pontian sejak Ahad lepas akibat banjir kilat, ditutup hari ini selepas air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau di Kluang yang sebelum ini menempatkan 10 mangsa dari Kampung Sungai Linau, ditutup pada 10 pagi tadi.