Lelaki warga emas jatuh perigi

Iklan
Mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan.

NILAI - Seorang lelaki warga emas cedera selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 2.43 meter di Kampung Batu 8, Mantin di sini pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pigaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian menimpa warga emas berusia 60 tahun itu pada jam 8.29 pagi.

Iklan
Iklan

"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

"Bomba telah menggunakan tangga untuk menyelamatkan mangsa dan didapati dia mengalami cedera di bahagian perut," katanya kepada media pada Jumaat.

Iklan

Bagaimanapun katanya, tidak dapat dipastikan bagaimana mangsa terjatuh kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu.

Tambahnya, mangsa telah diserahkan kepada pasukan kesihatan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk rawatan lanjut.

Iklan