GUA MUSANG - 'Saya rasa macam tunggu mati," itu antara luahan seorang wanita Orang Asli Kampung Kuala Koh, di sini yang menderita penyakit kulit kronik.
Yati Ripin, 30, memberitahu, kesihatannya kini semakin teruk malah sering demam sehingga tidak mampu melakukan aktiviti seharian.
Iklan
Iklan
"Saya mengalami penyakit kulit ini sudah lama sejak remaja lagi namun kini ia semakin teruk. Hampir semua badan saya bersisik dan gatal-gatal.
"Malah, kedua-dua anak saya juga turut dijangkiti penyakit ini sehingga tidak dapat melelapkan mata kerana sakit.
"Saya juga takut melihat saudara mara yang meninggal dunia akibat penyakit ini seolah-olah saya juga berdepan nasib yang sama," katanya.