[VIDEO] Kerajaan beri diskaun bayar balik PTPTN bermula 1 November

Iklan
Kerajaan menawarkan diskaun pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November tahun ini hingga 30 April 2023. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan menawarkan diskaun pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November tahun ini hingga 30 April 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut bertujuan bagi memudahkan pembayaran semula serta memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN.

Iklan
Iklan

"Pertama, diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

"Kedua, diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Iklan

"Ketiga, diskaun 15 peratus untuk secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Iklan