Kerajaan jadi dahan pautan rakyat

Iklan
Barisan Jemaah Menteri dan ahli Parlimen mendengar pembentangan Bajet 2023 oleh Tengku Zafrul di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan nekad akan terus menjadi dahan teguh bagi pautan rakyat yang memerlukan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bajet yang dibentangkannya selama dua jam di Dewan Rakyat itu diharap dapat menjadi penawar kepada pelbagai keperihan yang dialami rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu, negara diselubungi seribu kebimbangan dan ketidaktentuan.

"Kita telah menyaksikan pelbagai perit jerih demi kelangsungan rakyat dan peniaga.

Iklan

"Hari ini, jalan raya kota kembali sesak dengan urusan warga kerja, anak-anak kembali girang berlari-lari di laman sekolah dan pelawat berpusu-pusu memasuki tanah air melalui pintu sempadan," katanya pada pembentangan Bajet 2023, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, dengan cabaran faktor-faktor global luaran yang timbul, kerajaan tidak mengerti erti lelah.

Iklan

"Moga-moga ia (Bajet 2023) dapat terus menyerlahkan jalan ke hari esok, di mana insya-ALLAH menanti masa depan yang lebih cerah," katanya.

Tengku Zafrul dalam pada itu mengajak semua ahli Dewan menyokong bajet tersebut.

"Di bawahnya berteduh impian, terpancar harapan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

"Itulah natijahnya, kinilah momennya, inilah Bajet 2023," kata beliau dalam ucapan penutup pembentangan Bajet 2023.