Petronas mahu sumbang RM2 bilion dalam dana KWAN

Iklan
Petronas bercadang untuk memberi sumbangan sebanyak RM2 bilion dalam dana KWAN pada tahun ini.

KUALA LUMPUR - Petronas bercadang untuk memberi sumbangan sebanyak RM2 bilion dalam dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berikutan kerajaan komited untuk menambah semula dana berkenaan apabila krisis pandemik Covid-19 berakhir dan tertakluk kepada situasi kewangan yang mengizinkan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan menyeru lebih banyak entiti menyumbang ke dalam KWAN bagi manfaat negara di hari muka,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Iklan
Iklan