SKUAD Bawah 16 (B-16) tahun negara menyalakan kembali harapan untuk beraksi di pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 3-2 dalam aksi di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia pada Jumaat.
Bagaimanapun anak buah Osmera Omaro bermula garang, selepas diikat 1-1 Guam dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 sebelum ini, terpaksa menunggu minit ke-45' untuk memimpin menerusi jaringan Arami Wafiy.
Iklan
Iklan
Bersambung babak kedua, skuad negara tampil lebih agresif apabila melebarkan jaringan menerusi Muhammad Anjasmirza pada minit ke-51.
Bagaimanapun UAE yang tidak mengalah kembali memberi saingan apabila meledak dua gol hasil jaringan Saeed Amer Mohammad (76') dan Abdulaziz Mohamed Almarzooqi (84') untuk mengikat perlawanan 2-2.
Ketika kedua-dua pasukan berusaha memecah kebuntuan mencari gol untuk tiga mata penting masing-masing, Faris Danish muncul wira negara apabila meledak jaringan penting pada minit ke-93' sekali gus menoktahkan kemenangan Harimau Muda.
Kemenangan kedua selepas mengharungi tiga perlawanan itu menyaksikan skuad negara kini perlu wajib menang ke atas tuan rumah, Indonesia dalam aksi terakhir pada Ahad sekiranya mahu layak secara automatik sebagai juara kumpulan.
Artikel Berkaitan