Tiada GST dalam Bajet 2023: Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul ketika bercakap pada sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak membincangkan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) di dalam Bajet 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara membabitkan GST juga tidak diumumkan di dalam bajet yang dibentangkan kali ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan sistem cukai itu akan dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet akan datang untuk penilaian semula.

"Kita tidak umum apa-apa GST dalam bajet hari ini (tetapi) kita akan bincangkan dalam kabinet (sama ada akan diperkenalkan atau tidak) bergantung kepada ekonomi tahun depan,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan melaksanakan semula GST selepas ini.

Tambahnya, pelaksanaan GST pada masa akan datang juga bergantung kepada hasil negara serta perkembangan ekonomi mendatang.

Iklan

GST mula dilaksanakan kerajaan BN pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara, sistem cukai itu kemudiannya dimansuhkan pada Ogos 2018 dan digantikan dengan Akta Jualan dan Akta Perkhidmatan (SST).