SHAH ALAM - Had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) akan dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM200,000 bermula tahun 2023.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, PNB amat berbesar hati kerana diberi peluang dalam usaha menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia.