Bajet 2023 dibentang semula jika Parlimen bubar sebelum diluluskan

Iklan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan Bajet 2023 perlu dibentang semula sekiranya pembubaran Parlimen berlaku sebelum bajet berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, situasi itu sama seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 1999 yang mana Rang Undang -Undang (RUU) itu tidak diluluskan bagi memberi laluan kepada pilihan raya ketika itu.

Iklan
Iklan

"Sepatutnya soalan ini ditanya kepada Perdana Menteri tetapi merujuk kepada apa yang berlaku (jika Parlimen bubar sebelum bajet diluluskan), prosedurnya sama seperti tahun 1999.

"Saya kena jelaskan ini supaya semua orang jelas dengan proses itu tetapi apa sekali pun jawapan itu seharusnya diajukan kepada Perdana Menteri,”katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Bajet 2023 akan dibentang semula sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Isu pembubaran Parlimen hangat diperkatakan ketika ini susulan UMNO dilihat mahukan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera bagi memberi laluan kepada rakyat memilih parti yangd ingini mereka untuk mentadbir negara.

Iklan

Ketika ini, kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disokong oleh Perikatan Nasional (PN).