Kerjasama Animas, Rasuah Busters

Iklan
Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub (tengah) dan Nurhayati (kiri) bergambar bersama maskot animasi Awang Khenit dan Robozeta. Animas hadir ke Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

SHAH ALAM - Persatuan Animasi Malaysia (Animas) menjalin kerjasama strategik dengan Rasuah Busters dalam memastikan kesedaran rasuah dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Setiausahanya, Shamsaimun Ezil berkata, kolabarasi bersama ini diharap dapat menggemakan gelombang penolakan rasuah, menerusi platform industri kreatif animasi yang akan memperbanyakkan lagi karya menolak perbuatan jijik berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dengan terjalinnya kerjasama bersama Rasuah Busters, kami dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk menyampaikan kesedaran dan bahaya rasuah kepada kanak-kanak di seluruh Malaysia,” katanya kepada Rasuah Busters pada Jumaat.

Terdahulu, Animas hadir mengadakan kunjungan hormat terhadap Rasuah Busters di Bangunan Kumpulan Karangkraf, di sini.

Iklan

Turut hadir dalam pertemuan itu, Presidennya, Amir Hamzah Hashim; Bendahari, Mohd Asrol Sani Othman; Exco Acara dan Kebajikan, Khairul Rizal Jalani dan Exco Komunikasi Media, Faizal Mukhtar.

Tambahnya lagi, besar harapannya supaya semangat kebersamaan ini dapat membuahkan hasil dalam usaha melahirkan Malaysia tanpa rasuah.

Iklan

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia-#RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, kerjasama itu dilihat akan dapat mengangkat nilai integriti dan antirasuah di negara ini.

"Saya lihat industri animasi ini mempunyai potensi yang besar di mana pihak yang mempunyai bakat dan kreativiti dalam menyebarkan maklumat-maklumat mengenai kesedaran dan bahaya rasuah,” katanya.