Pemandu Alza langgar lampu isyarat dah kena saman

Iklan
Tular video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

REMBAU - Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dirakam melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu berjaya dikesan pada hari sama di Seremban.

Iklan
Iklan

"Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Katanya, kes seterusnya disiasat di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

Iklan