Pertemuan MB Johor dan PM jadi tumpuan media

Iklan
Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA - Usaha pihak media untuk mendapatkan reaksi hasil pertemuan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini gagal setelah pemimpin negeri selatan itu menggunakan laluan keluar berbeza.

Pihak media berkumpul di pintu masuk laluan utama ke Perdana Putra setelah mendapat maklumat bahawa pertemuan antara Dr Mahathir dan Osman berlangsung hari ini.

Iklan
Iklan

Difahamkan, menteri besar itu menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard memasuki perkarangan Perdana Putra, pada kira-kira jam 3 petang dan keluar pada pukul 6.50 petang menggunakan laluan yang berbeza daripada lokasi media menunggu.

Media semalam melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman, mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur hari ini namun menolak khabar angin kononnya menteri besar itu akan digantikan.

Iklan
Iklan

Abdul Hakim dilaporkan berkata Osman dijadual menghadiri mesyuarat bersempena pemukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia yang ke-9 di Putrajaya esok. -Bernama