Calon PRU15: Pemuda UMNO Johor serah kepada pucuk pimpinan

Iklan
Mohd Khairi (dua, kanan) menyempurnakan gimik perasmian Hari Sukan Negara peringkat Negeri Johor 2022 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Johor menyerahkan kepercayaan kepada pucuk pimpinan bagi menamakan calon-calon muda yang bakal bertanding pada PRU15 kelak.

Ketua Pemudanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pihaknya juga percaya dengan kewibawaan pucuk pimpinan dalam meletakkan calon-calon yang berwibawa pada PRU kali ini.

Iklan
Iklan

"Pastinya kita tahu walau macam mana pun kita serahkan kepercayaan kepada Datuk Hasni (Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohamad), untuk serahkan nama (calon) kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Kita di Johor memang sedia meletakkan calon muda kerana Johor sudah terbukti dengan kewibawaan calon muda, rata-rata semuanya 'deliver'. Pada ketika ini sahaja, tujuh orang muda diangkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Iklan

"Ia terbukti bahawa rakyat mahu melihat, bukan pemimpin lama tidak (dimahukan) tetapi perubahan dalaman kita sendiri," katanya pada sidang akhbar sempena Hari Sukan Negara, Peringkat Negeri Johor 2022 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, pada Sabtu.

Sementara itu Mohd Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri berkata, pihaknya berbangga dengan bajet RM10 juta kepada program Hari Sukan Negara yang diumumkan pada Bajet 2023 pada Jumaat.

Iklan

Katanya, biarpun bajet berkenaan dilihat agak kecil, namun ia sudah cukup memadai bagi penganjuran program berkenaan.

"Walaupun (bajet) kecil, tetapi ia cukup memadai untuk peringkat negeri. Mengenai bajet yang diperuntukkan secara keseluruhannya, saya sedang melihat satu persatu.

"Saya akan bagi dalam sidang media esok atau lusa, Insya-ALLAH,” katanya.