Bajet 2023 realistik, beri fokus kebajikan rakyat

Iklan
Hanafiah

KUALA TERENGGANU - Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat disifatkan sebagai realistik dan memberi fokus terhadap rakyat.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, intipati pembentangan bajet dilihat mampu merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menekankan aspek kebajikan rakyat menerusi slogan Keluarga Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya yakin bajet ini merupakan bajet yang realistik dan memberi fokus terhadap rakyat. Ia juga menunjukkan kerajaan amat menjaga rakyat dari segala sudut bagi menzahirkan hala tuju kerajaan selari dengan slogan Keluarga Malaysia.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang ditambah baik dengan penambahan kategori baru disambut baik oleh rakyat.

Iklan

Katanya, bagi ibu bapa tunggal, tambahan bantuan sebanyak RM500 menjadikan mereka merupakan golongan yang tidak pernah terpinggir dan mendapat perhatian kerajaan.

"Saya amat berterima kasih apabila kerajaan telah menambah jumlah bantuan kebajikan bulanan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit kronik dan golongan miskin.

Iklan

"Intipati bajet itu juga menggambarkan usaha kerajaan mendepani masyarakat khususnya golongan yang mempunyai anak apabila pelepasan cukai diberikan bagi yuran sebanyak RM3,000 ke atas bayaran taska atau tadika sehingga tahun taksiran 2024," ujar beliau.