SHAH ALAM - Pas telah menetapkan pendirian untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan 'komitmen' ketiga-tiga parti teras-Melayu seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca PRU15.