Pahang gembira, JDT kecewa

Iklan
Antara aksi Sri Pahang FC menentang JDT pada Jumaat.

PENGENDALI Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh mengakui gembira dengan keputusan yang diraih pasukannya ketika seri tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super pada malam Jumaat.

Dollah berkata, beliau bersyukur dengan mata yang diraih pasukannya memandangkan pasukan Harimau Selatan berjaya mengawal permainan dengan baik pada perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Namun saya tetap bersyukur kerana satu mata berjaya dikutip pada perlawanan ini,” katanya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, pengendali JDT, Hector Bidoglio nyata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya selepas gagal mengutip tiga mata penuh dalam aksi tersebut.

Iklan

Menurutnya, meskipun pemainnya berjaya mencipta peluang, namun mereka gagal menterjemahkannya dalam bentuk jaringan.

"Saya tidak jangka akan mengutip satu mata berdepan Sri Pahang kerana pasukan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Iklan

"Jadi saya harap mereka mampu beraksi dengan lebih baik dalam baki dua perlawanan selepas ini,” katanya.