Bentang kertas putih dasar luar lebih efektif

Iklan
Gamnbar kecil: Muhammad Faisal

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya Wisma Putra membentangkan Kertas Putih Dasar Luar Negara untuk jangka masa panjang, supaya Malaysia boleh berperanan secara proaktif untuk mengusahakan perdamaian terhadap konflik dunia.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak boleh berterusan bersikap pasif terhadap sebarang ketegangan serta konflik yang berlaku di dunia.

Iklan
Iklan

"Setiap peristiwa di dunia hari ini mempunyai kesan yang saling terkait antara satu sama lain.

"Sebagai contoh, peperangan Russia-Ukraine, di mana negara kita turut merasai kesan susulan daripada kenaikan harga minyak, keselamatan makanan, serta meningkatnya sentimen polarisasi warga dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan undian Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat yang secara undian, menolak usul untuk mendebatkan Resolusi PBB dan Majlis Hak Asasi Manusia yang menyatakan wujud jenayah kemanusiaan yang dilakukan kerajaan China terhadap etnik Uyghur.

Malaysia dilaporkan mengambil pendirian berkecuali semasa undian tersebut.

Iklan

Muhammad Faisal turut menegaskan, Kertas Putih Dasar Luar Negara tersebut perlu menekankan tiga perkara iaitu penekanan untuk Malaysia menjadi negara kuasa tengah atau ‘middle power country’.

Peranan ini katanya, penting sebagai alternatif kepada blok antara negara dunia pertama dan kedua, dengan peranan aktif Malaysia mencari usaha damai seluruh warga dunia.

"Keduanya, Malaysia kekal menghormati kedaulatan negara-negara lain, namun tidak menafikan peranan negara untuk menyuarakan pendirian terhadap isu hak asasi dunia.

"Malaysia juga perlu konsisten untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Konsistensi ini membuka ruang untuk kita menyokong mana-mana usul antarabangsa yang secara jelas menjurus ke arah jalan damai serta ‘convivencia’ sejagat pada masa akan datang,” ujar beliau.