Mahasiswa UTP martabatkan muzik gamelan

Iklan
Persembahan pembukaan. (FOTO IG SANGGAR KIRANA UTP)

SERI ISKANDAR - Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) cukup sinonim dengan bidang sains dan teknologi, namun ia tidak bermakna mereka akan kaku jika diminta untuk mempamerkan bakat dalam bidang seni dan kebudayaan.

UTP di bawah kendalian kumpulan Sanggar Kirana yang terkenal dengan persembahan muzik tradisional, telah mengadakan program Perhimpunan Gamelan iaitu kolaborasi persembahan gamelan dengan beberapa buah sekolah, universiti tempatan, pemuzik profesional serta penyertaan sebuah Universitas Gadjah Mada dari Indonesia.

Iklan
Iklan
Persembahan pembukaan. (FOTO IG SANGGAR KIRANA UTP)

Bercakap kepada Bernama, pengarah projek, Muhammad Najmi Zainudin, 22, berkata, persembahan gamelan yang masuk kali ke-7 tahun ini diperkenalkan sejak 2012 telah disertai sembilan kumpulan pemuzik.

Jelas pelajar jurusan Kejuruteraan Petroleum Geosains UTP, melalui usaha yang dirintis universititnya itu, ia dapat meningkatkan kecintaan dan penghargaan masyarakat, mencambah dan menyuburkan kegiatan kumpulan-kumpulan dengan persembahan bermutu.

Iklan

Persembahan yang memaparkan suasana kesultanan istana Melayu itu membahagikan setiap kumpulan diberikan masa 10 minit untuk memainkan dua kategori muzik gamelan iaitu tradisional dan kontemporari.

Persembahan dari kumpulan Sanggar Kirana. (FOTO IG SANGGAR KIRANA UTP)

Antara kumpulan kesenian yang mengambil bahagian ialah Kumpulan Astanasari dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kumpulan Gasita (Universitas Gadjah Mada Indonesia), Kumpulan Gema Gamelan Uniten (Universiti Tenaga Nasional) dan Sanggar Kirana (UTP).

Iklan

Antara lagu yang didendangkan antaranya Susur Angin, Geliong, Timang Burung, Ketam Rejung dan Lambang Sari dengan menggunakan alat instrumental seperti jidur, gendang, saron, gambang, keromong, gendang, kenong dan gong.

Sementara itu seorang pemain gamelan Harith Irfan, 21, dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTP berkata penganjuran muzik tradisional berkenaan perlu diadakan bagi memartabatkan muzik berkenaan yang semakin pupus khususnya di kalangan generasi muda.

Gaya menarik dari kumpulan Sanggar Kirana. (FOTO IG SANGGAR KIRANA UTP)

Harith yang telah menyertai persembahan tersebut buat kali ketiga berturut-turut berkata penganjuran persembahan gamelan tersebut merupakan platform terbaik bagi mengenali muzik gamelan Melayu asli dengan penglibatan pemain gamelan profesional.

Program yang dianjurkan selama dua hari bermula semalam itu turut diadakan bengkel gamelan yang memberi peluang kepada pemain dan juga orang ramai yang hadir untuk bermain alatan muzik tradisional dalam usaha memberi pendedahan.