PETALING JAYA - Keasyikan pelanggan melayan urutan berahi tukang urut wanita warga asing terbantut apabila diserbu Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. polis, petang tadi.
Sebuan di sebuah premis terletak di Taman Sea itu dilakukan menerusi Ops Noda.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang, tadi, dua lelaki tempatan merupakan pelanggan ditahan bagi membantu siasatan.
Pegawai Operasi, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, seramai 18 wanita warga asing disyaki tukang urut serta seorang lelaki merupakan penjaga premis berusia lingkungan 20 hingga 40-an turut ditahan.
"Semakan mendapati 15 wanita ini adalah warga Vietnam, dua warga China dan seorang Combodia dan mereka menerima bayaran sehingga RM2,000.
"Polis kemudian merampas pelbagai barang antaranya tuala, tisu, minyak urut, kondom serta wang tunai," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mendedahkan, premis tidak berlesen ini telah beroperasi sejak lebih setahun lalu dan dipercayai menawarkan tawaran seks dengan harga antara RM160 sehingga RM189 dan aplikasi Wechat turut digunakan untuk mencari pelanggan, Tambahnya, premis ini beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 2 pagi.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen, Peraturan-Peraturan Imigresen serta Seksyen 372 Kanun Keseksaan.