100 hari pertama di Istana Malacanang

Iklan
Marcos Jr memecah tradisi apabila beliau tidak menerbitkan laporan penuh tentang pencapaian beliau untuk tempoh '100 hari pertama'. - Foto: Agensi

MANILA - Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menegaskan pembentukan kerajaan 'berfungsi' yang memfokuskan usaha pemulihan ekonomi sebagai kunci pencapaian utama pentadbiran beliau sempena genap 100 hari pertama pada Jumaat.

"Saya berasa ia adalah kemajuan memberangsangkan untuk jangka masa tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami sedang cuba menyelesaikan pelbagai isu," katanya merujuk kepada masalah kekurangan dan lonjakan harga produk hasil pertanian seperti gula serta baja setelah beliau 'mewarisi' hutang berjumlah 12.8 trilion peso (RM1 trilion) yang ditinggalkan pentadbiran pendahulunya, Rodrigo Duterte.

Difahamkan, Marcos Jr, 65, turut memecah tradisi apabila beliau tidak menerbitkan laporan penuh tentang pencapaian beliau untuk tempoh '100 hari pertama'.

Iklan

Ketika ini, beberapa penganalisis berpendapat Marcos Jr masih perlu mencari jalan penyelesaian konkrit untuk menangani inflasi yang melambung tinggi dan pemulihan pasca pandemik.

Sementara itu, keputusan kaji selidik baru-baru ini menunjukkan prestasi pentadbiran beliau meraih rating tertinggi dalam menangani 11 daripada 13 isu yang dibangkitkan rakyat.

Iklan

Antara isu yang berjaya dikendalikan dengan baik oleh pentadbiran Marcos Jr ialah tindak balas bencana dan langkah mengawal penularan Covid-19.

Tetapi, usaha pemerintah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan mengawal inflasi telah meraih rating agak rendah berdasarkan keputusan ke atas 1,200 responden berusia 18 tahun ke atas.

Sejak tiga bulan lalu, rakyat negara itu telah berdepan kenaikan harga barangan asas dan kos sara hidup setelah Marcos Jr mengambil alih tampuk kepimpinan negara tersebut. - Agensi