Feri baharu Pulau Pinang dijangka siap Jun 2023

Iklan
Teik Cheng (dua dari kanan) meninjau kerja-kerja pembinaan feri Pulau Pinang yang baharu.

GEORGETOWN - Feri Pulau Pinang yang baharu dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun hadapan.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, setakat ini kerja-kerja pembinaan feri baharu sedang rancak dilakukan di dua tapak limbungan di Vietnam.

Iklan
Iklan

"Saya berasa gembira kerana feri baharu sedang rancak dibina secara serentak di kedua-dua limbungan tersebut.

"Komponen-komponen feri serta bentuk feri Pulau Pinang yang baharu telah mula kelihatan. Kemajuan pembinaan feri adalah 40 peratus dan dijadualkan siap pada Jun 2023," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada 3 Oktober lalu, Teik Cheng bersama delegasi dan wakil Kementerian Pengangkutan serta Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengadakan lawatan tapak pembinaan feri Pulau Pinang yang baharu di Vietnam.

Objektif lawatan berkenaan bagi meninjau kemajuan projek pembinaan feri tersebut serta mengadakan perbincangan bersama pihak pembekal dan PPSB berkaitan pembinaan serta jadual penghantaran feri ke Pulau Pinang.

Iklan

Sementara itu, Teik Cheng berkata, pelancaran kapal untuk pengujian air dijadualkan pada Mei 2023 dan akan dihantar ke perairan Pulau Pinang pada penghujung Jun 2023.

Kerja-kerja pembinaan feri Pulau Pinang yang baharu telah mencapai 40 peratus.

Beliau berkata, SPPP akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa mengenai perkembangan feri baharu Pulau Pinang.

"Maklumat lanjut berhubung konsep feri dan sebagainya pula akan dimaklumkan oleh PPSB kelak.

"SPPP percaya pengenalan feri Pulau Pinang yang baharu kelak akan memberi nafas baharu kepada konsep reka bentuk feri serta berupaya memberikan perkhidmatan feri yang lebih baik kepada pengguna," katanya.

Bermula 1 Januari 2021, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang digantikan dengan penggunaan feri bot laju bagi membawa penumpang pejalan kaki manakala bagi pengguna motosikal dan basikal pula digantikan dengan feri roro.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 128 tahun adalah perkhidmatan feri tertua di negara ini dan juga perkhidmatan feri lintas selat pertama antara Pulau Pinang dan tanah besar bermula pada tahun 1894.