'Bersatu parti kasih sayang, bukan saling membenci'

Iklan
Ahmad Faizal

GOMBAK - Wadah perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah meningkatkan syiar Islam dan tidak menggalakkan ahli-ahlinya mengamalkan politik ganas dan seumpamanya.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setiap ahli perlu ada nilai-nilai yang baik, mengamalkan politik perkhidmatan, saling berkasih sayang serta bukan saling membenci.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai orang Islam, semua perlu ada rasa malu jika ada pemimpin atau dalam kalangan kita mempunyai sifat tidak baik seperti terlibat dengan penagihan dadah dan gejala sosial.

"Ini yang saya terapkan kepada Armada dan Srikandi Bersatu agar menjadikan mesyuarat agung sebagai platform untuk bertukar pandangan, bagaimana mereka boleh perkuatkan diri mereka dan masyarakat ke arah melawan perkara yang tidak baik serta memperbaiki diri dari masa ke masa," katanya pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan persidangan tahunan serta pelancaran jentera pilihan raya Armada, Srikandi dan Srikandi Muda Bersatu Gombak di Dewan Konvensyen Shenga, Batu Caves di sini.

Ahmad Faizal (tengah) melancarkan jentera pilihan raya Armada, Srikandi dan Srikandi Muda Bersatu Gombak di Dewan Konvensyen Shenga, Batu Caves pada Sabtu.

Tegasnya, Bersatu tidak pernah memusuhi sesiapa melainkan menjadi musuh kepada perkara mungkar, salah guna kuasa dan rasuah.

Iklan

"Kita mahu perelok negara, jangan guna wang untuk perkara-perkara tidak baik kerana ia akan merugikan rakyat yang menagih perkhidmatan yang terbaik dari segi kesihatan, pendidikan serta ekonomi yang kian meruncing.

"Ini semua perkara yang perlu dititikberatkan dan pastikan kita melawan perkara yang merencatkan usaha berkenaan," ujarnya.

Ahmad Faizal berkata, perkara tersebut ditekankan kepada Armada dan Srikandi sebagai peringatan kepada orang muda yang bakal menjadi pemimpin negara

"Jadi saya harap kita dapat mulakan dalam Bersatu.

"Bersatu adalah wadah yang seharusnya menjadi ikutan dalam negara iaitu satu-satunya parti yang benar-benar mempertahankan nilai-nilai baik dalam perjuangan," katanya.