Gajah naik bukit cari makanan, pindah habitat baharu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. (Gambar dalam : Abdul Kadir)

SHAH ALAM - Gajah bergerak secara berkumpulan pergi ke kawasan berbukit untuk mencari makanan dan berpindah ke habitat yang baru.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, gajah biasanya bergerak secara berkumpulan ke kawasan yang lebih tinggi untuk mencari makanan.

Iklan
Iklan

"Gajah bergerak ke kawasan berbukit untuk mencari makanan atau berpindah ke kawasan yang baharu.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan mengatakan kejadian gajah mendaki bukit sejak beberapa hari lalu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.

Iklan

Pada Selasa, tular rakaman video sekumpulan gajah dilihat bergerak ke atas bukit dipercayai di Simpang Kuala Betis ke Lojing, Gua Musang, Kelantan.

Kemudian, pada Sabtu, tular pula sekumpulan gajah menaiki kawasan bukit di Tasik Kenyir, Terengganu.

Iklan

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari dan dirakam pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit.