PRK DUN Bugaya wajar diadakan serentak PRU15

Iklan
Mohd Shafie ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya wajar diadakan serentak bersama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata, ia terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bila ia diadakan.

Iklan
Iklan

"Terserah kepada SPR, saya tak nak tekan adakan pilihan raya. Kami sentiasa bersedia tetapi kalau diadakan serentak (PRU15) itu lebih baik untuk kurangkan perbelanjaan.

"Sudahlah kerajaan berhutang, kita adakan PRK di Batu Sapi, kita adakan PRK di Bugaya lepas itu PRU pula. Kurangkan perbelanjaan negara kita, Insya-ALLAH kita sedia," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat Warisan, di Kolombong, pada Ahad.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna turut berkata, dari segi undang-undang selepas diumumkan 60 hari perlu diadakan pilihan raya mengikut peraturan yang sedia ada.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu lagi, dari segi calon untuk kedua-dua kerusi DUN Bugaya dan Parlimen Batu Sapi juga sudah dikenal pasti.

Iklan

"Calon (secara keseluruhan) kita campur orang muda dan ada wanita. Sebahagian besar orang adalah muda sebab dari dulu Warisan ini memang orang muda pimpinannya," katanya.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis lalu berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya, yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020.

Kerusi Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong dan Allahyarham Datin Manis Muka Mohd Darah pada 2020.