Diekstradisi ke AS atas dakwaan seludup hidupan liar

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) mengekstradisi seorang rakyat Malaysia, Teo Boon Ching yang didakwa terlibat dalam kegiatan penyeludupan hidupan liar dan pengubahan wang haram.

Teo (bergelar Datuk Seri), 57, didakwa terlibat dengan konspirasi menyeludup lebih 70 kilogram tanduk badak sumbu bernilai lebih AS$725,000, menurut kenyataan Jabatan Kehakiman AS.

Iklan
Iklan

"Teo didakwa atas satu pertuduhan bersubahat melakukan penyeludupan hidupan liar yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan dua pertuduhan pengubahan wang haram yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.

"Teo telah ditahan di Thailand pada 29 Jun atas permintaan AS menurut perjanjian ekstradisi dua hala," menurut kenyataan itu.

Iklan

Dia diekstradisi ke AS pada Jumaat (7 Oktober) untuk didakwa.

Terdahulu, pada Jumaat Teo dan entitinya telah dikenakan sekatan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS.

Iklan

Kenyataan itu turut mendedahkan dan mendakwa bahawa Teo ialah peneraju perusahaan jenayah transnasional yang berpangkalan di Asia serta menjalankan operasi penyeludupan tanduk badak sumbu berskala besar di Malaysia dan Thailand.

"Ching (Teo) didakwa bertindak sebagai penyeludup khusus yang mengangkut tanduk badak sumbu dari pusat operasi pemburuan badak sumbu dari Afrika kepada pelanggan terutamanya di Asia.

"Dia juga mendakwa boleh membuat penghantaran tanduk badak sumbu ke AS," menurut kenyataan itu. - Bernama