Lawan kebobrokan akhlak, penyelewengan seiring perjuangan nabi

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama

SHAH ALAM- Semua lapisan masyarakat diseru supaya melawan segala kebobrokan akhlak dan penyelewengan nilai politik yang semakin menggila ketika ini seiring dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperibadian dan ketokohan baginda merupakan rahmat serta suri teladan buat umat manusia sekaliannya.

Iklan
Iklan

"Sebagai penutup kepada para anbiya, junjungan baginda Rasulullah SAW meneruskan kesinambungan tradisi nabawi dengan mesej penting agar kita sentiasa beriltizam memperjuangkan kebenaran dan keadilan, serta membanteras segala bentuk kejahilan dan kezaliman.

"Justeru, mesej pengutusan Rasulullah SAW bagi menyempurnakan akhlak al karimah dan sahsiah insaniah, adalah ingatan buat umat untuk melawan segala kebobrokan akhlak dan penyelewengan nilai politik yang semakin menggila dewasa ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook sempena sambutan Maulidur Rasul pada Ahad.

Iklan

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sama turut berharap seluruh masyarakat sentiasa dikurniakan hidayah dan kekuatan dalam meneladani keperibadian dan perjuangan baginda.

Iklan