PBNS cadang tambah baik prasarana Stadium Tuanku Abdul Rahman

Iklan
Mohamad Taufek (kanan) menyerahkan insentif kepada pemain NSFC baru-baru ini.

PERSATUAN Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mencadangkan supaya prasarana Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ditambah baik pada tahun hadapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, ia sebagai penghargaan kepada pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dan penyokong-penyokongnya termasuk Ultras Jang.

Iklan
Iklan

"Ia juga Insya-ALLAH sebagai memenuhi syarat AFC dari segi prasarana stadium sekiranya NSFC terpilih ke Asian Cup pada tahun hadapan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Ahad.

Mohamad Taufek (baris hadapan, duduk kiri) bersama pasukan NSFC selepas menyerahkan insentif baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syabas apabila pasukan NSFC berjaya menewaskan pasukan Kedah Kedah Darul Aman (KDA) FC, 4-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.

Iklan

Malah katanya, pencapaian terbaik pasukan NSFC sebelum ini telah pun mendapat perhatian kerajaan negeri dengan pemberian insentif.

"Insentif kemenangan setiap perlawanan memang telah sedia ada dipraktikkan dari awal musim Liga Super 2022," katanya.

Iklan

Beliau yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri berkata, ini adalah tahun pertama NSFC kembali dalam saingan Liga Super selepas agak lama bersaing di Liga Premier.

"Pihak PBNS dan NSFC berharap penyokong-penyokong bola sepak negeri ini dapat turun beramai-ramai dalam baki dua perlawanan menentang Melaka United FC dan Sri Pahang FC nanti," katanya.

Kemenangan ke-11 skuad Hobin Jang Hobin itu merapatkan jurang kedudukan yang hanya ketinggalan satu mata di belakang Sabah di tangga kedua dan dipisahkan oleh perbezaan jaringan setelah mengumpul mata sama dengan Terengganu FC (TFC) di tempat ketiga.